Sunday, December 26, 2010

Seronok tak jadi dewasa?

Seronok tak jadi dewasa? Masa kecil2 dulu sangat la ingin cepat2 besar sebab org dewasa dapat kuar jalan sendiri, ada duit sendiri, tak kena marah and kena suruh  buat itu ini. Tapi silap la. Itu pemerhatian  budak umur 4-5 tahun. Bila kita semakin dewasa ni, baru sedar yang banyak perubahan perlu dilalui. Ada yang seronok dan ada yang tak. Tapi menerima kedewasaan itu juga bermaksud menerima tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap negara, keluarga dan yang paling penting diri sendiri. Menjaga diri sendiri sebaik mungkin itu wajib kalau nak masuk syurga. Harus tahu di mana kelemahan kita dan kekuatan kita. Harus selalu perbaiki diri dari masa ke semasa. Semua ini agar kita tidak melakukan perkara2 yang akan membuat kita menyesal dikemudian hari. Lagi satu, kita mula berfikir tentang saat kematian. Jaga diri sebaik mungkin kerana kita tak tahu bila kita akan mati dan dengan cara apa.

Walaupun begitu, tidak bererti kita harus takut untuk membesar. Dan kedewasaan itu tidak seronok sama sekali.Tidak! Semakin kita membesar, kebahagiaan kita juga smekain bertambah dan kebahagiaan ini dibawa oleh manusia-manusia lain yang ada disekeliling kita yang membentuk sesuatu peristiwa dalam hidup kita. Jika kita kekal kecil, susah untuk bertemu orang lain dan peristiwa-peristiwa penting juga jarang berlaku.

p/s: aku takut menjadi dewasa tapi aku harus menerimanya seperti seorang juara kerana hanya juara yang dapat menjalani hidup seharian tanpa mengalah

0 comments:

Post a Comment