Sesuai dengan title kat atas, rambut sama hitam hati siapa tahu. Cuba korang ckp..korang tahu tak apa yang ada dihati seseorang itu? Baik kawan, keluarga dan orang asing. Kalau ada memeng korang tipu la. Keh, alkisah suatu cerita, ada 2 orang adik beradik kembar yang hidup di dalam hutan. Setiap hari mereka berdua akan bergilir-gilir mengambil air dari sungai untuk di gunakan di rumah. Seorang ni bernama Ali dan seorang ni bernama Alo. Ali dan Alo dua2 berambut hitam. Satu hari Ali pergi ke sungai seperti biasa untuk mengambil air kerana hari itu gilirannya. Alo pulak tggal kat rumah.. Kira jaga rumah sementara Ali pergi amek air.. Tetapi, hari ini, Alo ikut Ali secara senyap2 ke sungai. Semasa Ali membongkok untuk amil air dalam sungai tue, Alo segera menolak kembarnya ke dalam sungai. Ali yang memang tak tahu berenang terkapai-kapai dalam air tetapi Alo membiarkan kembarnya lemas. Dengan itu, tamat la riwayat Ali. Mesti korang nak tahu kenapa Alo melakukan pembunuhan kelas pertama tue kn?? Well, story dia simple jak... Alo x senang tengok Ali lebih handsome dari dia n lebih pandai. Although kembar and rapat, Ali sendiri pun tak sangka yang kembar sendiri akan menamatkan hidupnya.
Cerita nampak macam tak logik tapi itulah kenyataan dunia. Orang nampak seseorang itu pada luaran dan bukan dalaman. Kena kenal lama baru tahu hati budi seseorang itupun, tak semua kita akan tahu. Kerana manusia itu ada rahsia2 yang tak diceritakan.
Aku selalu nampak orang2 macam nie.. Luar baik tapi dalam... hm.. bukan aku ni baik sangat.. Kat profile pun aku dah tulis yang buruk pasal diri sendiri. Hakikatnya, kita takkan mengenal seseorang itu waima keluarga kita sendiri. Aku jahat, lebih jahat dari yang korang sangka, tapi macam aku cakap, manusia ada rahsia2 nya. So, bila nampak orang2 macam ni, aku rasa marah sangat tapi tak dapat nak tegur. Kenapa aku tak tegur? Sebab... ianya salah satu rahsia yang aku tak boleh cakap.
Senang cerita, apa yang korang tak semestinya apa yang berlaku sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment