Tuesday, August 31, 2010

Rambut sama hitam hati siapa tahu

Sesuai dengan title kat atas, rambut sama hitam hati siapa tahu. Cuba korang ckp..korang tahu tak apa yang ada dihati seseorang itu? Baik kawan, keluarga dan orang asing. Kalau ada memeng korang tipu la. Keh, alkisah suatu cerita, ada 2 orang adik beradik kembar yang hidup di dalam hutan. Setiap hari mereka berdua akan bergilir-gilir mengambil air dari sungai untuk di gunakan di rumah. Seorang ni bernama Ali dan seorang ni bernama Alo. Ali dan Alo dua2 berambut hitam. Satu hari Ali pergi ke sungai seperti biasa untuk mengambil air kerana hari itu gilirannya. Alo pulak tggal kat rumah.. Kira jaga rumah sementara Ali pergi amek air.. Tetapi, hari ini, Alo ikut Ali secara senyap2 ke sungai. Semasa Ali membongkok untuk amil air dalam sungai tue, Alo segera menolak kembarnya ke dalam sungai. Ali yang memang tak tahu berenang terkapai-kapai dalam air tetapi Alo membiarkan kembarnya lemas. Dengan itu, tamat la riwayat Ali.  Mesti korang nak tahu kenapa Alo melakukan  pembunuhan kelas pertama tue kn?? Well, story dia simple jak... Alo x senang tengok Ali lebih handsome dari dia n lebih pandai. Although kembar and rapat, Ali sendiri pun tak sangka yang kembar sendiri akan menamatkan hidupnya.

Cerita nampak macam tak logik tapi itulah kenyataan dunia. Orang nampak seseorang itu pada luaran dan bukan dalaman. Kena kenal lama baru tahu hati budi seseorang itupun, tak semua kita akan tahu. Kerana manusia itu ada rahsia2 yang tak diceritakan.



Aku selalu nampak orang2 macam nie.. Luar baik tapi dalam... hm.. bukan aku ni baik sangat.. Kat profile pun aku dah tulis yang buruk pasal diri sendiri. Hakikatnya, kita takkan mengenal seseorang itu waima keluarga  kita sendiri. Aku jahat, lebih jahat dari yang korang sangka, tapi macam aku cakap, manusia ada rahsia2 nya. So, bila nampak orang2 macam ni, aku rasa marah sangat tapi tak dapat nak tegur. Kenapa aku tak tegur? Sebab... ianya salah satu rahsia yang aku tak boleh cakap.

Senang cerita, apa yang korang tak semestinya apa yang berlaku sebenarnya.

Lumrah Hidup

Kadang2 tue, kita kena terima hakikat bahawa tak semua dalam hidup ini indah. Kadang2 kita akan rasa happy yang teramat dan di imbangi keadaan sedih yang teramat. Bila kita gembira, hati kita berbunga dan bila sedih bunga-bunga yang tumbuh di taman hati itupun mati ..satu demi satu sehingga kita menemui baja yang membuat kita happy kembali. Tak semua orang yang hadir dalam hidup kita boleh buat kita gembira dan kadang2 kehadiran seseorang itu dalam hidup kita adalah untuk menjatuhkan kita. Pertama-tama, menarik hati kita untuk gembira.. our heart expand kerana diisi dengan saat2 yang cukup bahagia. Kemudian, membiarkan kita dan hati kita ... samapi satu saat, tak ada siapa nak jga saiz hati kita yang mengembang dan kita pula, leka... membiarkan ianya mengecut perlahan2.. dan akhirnya kembalai ke bentuk asal. Dari bentuk asal, bunga2 mulai mati kerana sekali lagi kita leka, tidak menabur baja untuk bunga2 tersebut. Aku tak salahkan diri sesiapa kerana kelekaan dalam menghidupkan bunga2 tersebut. Kerana kita manusia. Aku tahu mulai sekarang, hidup ini perlu sentiasa waspada. Tak semua orang itu ikhlas untuk membantu kita meneruskan hidup ini.

Friday, August 27, 2010

Hasil lukisan budak-budak tadika yang aku jaga!!

Mengejar bayang2

Misteri beg tangan mak   

Equation jiwa kosong dan merenung jauh