Untuk aku mengenali seseorang itu susah, tapi untuk aku jatuh cinta itu senang. Haha. Lucu. jatuh cinta lagi... lagi lagi ku jatuh cinta... haha... xble blah... Apapun, untuk aku jatuh cinta secara slowly, lebih susah. dan walau bagaimana aku menolak sekalipun, aku harus akui yang aku jatuh hati pada seseorang yang pada mataku bukan menarik untuk dikenali pada mulanya. Namun aku mencintai hati budi dan tingkah lakunya. Semakin lama aku bersamanya semakin aku menyayangi nya. Perasaan yang hadir secara tiba-tiba. Tapi, aku harus memadamkan perasaan ini. Dan caraku sungguh kelihatan sekali. Mukaku menjadi boring bila berhadapan dengannya. dan sensitif sekali. Tapi aku harus lakukan ia demi menyelamatkan persahabatan yang ada. kerana aku lebih rela mengorbankan cinta daripada mengorbankan seorang sahabat yang sejati yang aku temui yang begitu memahami.
Kerana budi aku jatuh hati,
Kerana budi aku ingin memiliki,
Kerana budi aku disakiti.
Aku tahu luahan ini tidak seharusnya kutulis tetapi akujuga tahu aku tidak akan dapat memendam perasaan ini selama-lamanya.
Lalu pada pen dan kertas ku berbicara,
Pada isinya ku luahkan segala,
Pada pengakhirannya ku tutup kata.
Aku belum kronik. Aku masih waras dalam meneliti hidup ini. Masih sedar akan sifat malu dan adab-adab Melayu. Aku, anak warisan Malaysia yang relevansi kepada bangsa masih samar-samar belaka cuba membakar rasa yang tidak sepatutnya ada.